Proton X50 akhirnya dilancar, bermula RM79k sahaja!

3740

Akhirnya selepas lebih sebulan mula dipertontonkan, dan selepas kami memandu uji sendiri di Litar Sepang awal bulan hari tu, Proton X50 yang anda nanti-nantikan telah dilancar hari ini.

SUV segmen-B Proton ini dilancarkan secara maya pagi ini melalui laman Facebook rasmi pengeluar nasional itu.



Jadi, berapakah harganya? Soalan yang ramai tertunggu-tunggu, ini dia senarai harga Proton X50 mengikut varian:

  • Standard: RM79,200
  • Executive: RM84,800
  • Premium: RM93,200
  • Flagship: RM103,300

Harga adalah atas jalan tanpa insurans, dan sah sehingga 31 Disember 2020 sahaja dengan pengecualian cukai jualan.

Proton turut menawarkan 5 pakej menarik untuk setiap pembelian X50:

  • Jaminan 5-tahun tanpa had perbatuan
  • Pakej data 1GB sebulan untuk 5-tahun
  • Kos upah percuma 5-kali
  • Kadar faedah dari 2.2 peratus
  • Program insurans Proton

Fuh itu dia, akhirnya persoalan terpenting terjawab. Berikut kita telitikan pula spesifikasi dan perincian lanjut mengenai X50 ini.

Enjin

Dari segi prestasi jentera ini, ia tidak menggunakan enjin biasa-biasa. X50 didatangkan dengan rangkaian kuasa tiga silinder yang pastinya menyalurkan prestasi cukup baik untuk SUV ini.

Untuk varian Standard, Executive dan Premium, ia dijana enjin 1.5-liter turbo port-injection dengan 148PS dan 226Nm tork.

 

Varian Flagship pula mendapat enjin lebih berkuasa iaitu 1.5-liter TGDI suntikan terus bahan api yang mampu menjana 174PS dan 255Nm tork.

Kenapa sampai dua jenis enjin kapasiti 1.5-liter? Anda boleh baca di sini.

Transmisi dan mod pemanduan

Transmisi yang digunakan juga adalah sama seperti abangnya, X70 iaitu transmisi dwi-klac (DCT) 7-kelajuan. Ia kini dilengkapi dengan mod Standard, Eco dan Sport.

Advanced Driver Assistance System (ADAS)

Seperti yang anda tahu, ciri ini sebenarnya sudah ada pada X70. Ia termasuk ciri Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan banyak lagi.

Harus diketahui juga bahawa sistem ADAS pada X50 ini adalah berkemampuan untuk pemanduan autonomi Level 2, tetapi ia bukan Autopilot ya!

Automatic Parking Assist (APA)

Teknologi ini selalunya ada bagi model-model yang melebihi harga RM100,000 ke atas atau kelas premium.

Bagaimanapun, X50 dilengkapkan dengan ciri Automatic Parking Assist (APA), yang juga pertama diperkenalkan dalam barisan model Proton.

Enam pilihan warna

Bagi memberi pilihan kepada pemiliknya, X50 ditawarkan dengan enam pilihan warna membabitkan:

  • Snow White (putih)
  • Jet Grey (kelabu)
  • Silver (perak)
  • Ocean Blue (biru)
  • Passion Red (merah)
  • Citrus Orange (jingga)

Sistem infotaimen GKUI 19

Seperti sebelum ini, sistem GKUI 19 ini adalah versi yang sudah dinaik taraf dan lebih bagus berbanding terdahulu. GKUI 19 ini mempunyai lima kali ganda lebih pantas dari segi prestasi proses komputernya.

Spesifikasi Proton X50 mengikut varian

1.5 T Standard

  • Enjin 1.5 L Turbo
  • 7 kelajuan automatik klac berkembar
  • 4 beg udara SRS
  • Lampu utama LED
  • Rim 17 inci
  • Kerusi balutan fabrik
  • Corong penyaman udara belakang
  • Infotaimen 8 inci – GKUI resolusi 1024X600, E01 Quad-Core
  • Kamera pandang belakang

1.5 T Executive 

  • Enjin 1.5 L Turbo
  • 7 kelajuan automatik klac berkembar
  • 6 beg udara SRS
  • Lampu utama LED auto
  • Rim 17 inci
  • Kerusi balutan fabrik
  • Corong penyaman udara belakang
  • Infotaimen 8 inci – GKUI resolusi 1024X600, E01 Quad-Core
  • Kamera pandang belakang
  • Roda stereng balutan kulit
  • Lampu kabus
  • Kerusi balutan kulit

1.5 T Premium 

  • Enjin 1.5 L Turbo
  • 7 kelajuan automatik klac berkembar
  • 6 beg udara SRS
  • Lampu utama LED auto
  • Rim 18 inci
  • Kerusi balutan fabrik
  • Corong penyaman udara belakang
  • Infotaimen 10 inci – GKUI resolusi 1,920X720, E01 Quad-Core
  • Kamera 360 darjah
  • Roda stereng balutan kulit
  • Lampu kabus
  • Kerusi balutan kulit
  • Monitor tekanan tayar
  • Kerusi berkuasa elektrik

1.5 TGDi Flagship

  • Enjin 1.5 TGDi 
  • Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)
  • Ruang dalaman dengan dual tona
  • Bumbung Panoramik
  • 7 kelajuan automatik klac berkembar
  • 6 beg udara SRS
  • Lampu utama LED Auto
  • Rim 18 inci
  • Kerusi balutan fabrik
  • Corong penyaman udara belakang
  • Infotaimen 10 inci – GKUI resolusi 1,920X720, E01 Quad-Core
  • Kamera 360 darjah
  • Roda stereng balutan kulit
  • Lampu kabus
  • Kerusi balutan kulit
  • Monitor tekanan tayar
  • Kerusi berkuasa elektrik

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here