Aksi kejar mengejar antara polis dengan pemandu Volkswagen Golf GTI cecah 240km/j

2284

Pemandu sebuah Volkswagen Golf GTI di Belanda ditahan oleh pihak polis setelah aksi kejar mengejar pada kelajuan yang tinggi.

Volkswagen Golf GTI

Pada mulanya, pihak polis difahamkan cuba menahan pemandu Golf GTI tersebut dengan menghampirinya kerana melanggar lampu isyarat.



Pemandu tersebut sebaliknya tidak berhenti dan bertindak memotong kereta peronda untuk melarikan diri sebelum dikejar oleh pihak polis.

Malang bagi pemandu Golf GTI tersebut, jalan yang dilaluinya itu merupakan jalan yang terhubung dengan satu lebuh raya dan bermulalah aksi kejar mengejar.

Berdasarkan rakaman dasham dalam kereta peronda polis, kelajuannya mencecah 240km/j dalam usaha mengejar Golf GTI itu.

Pemandu Golf GTI tersebut mungkin menyangka mereka akan mudah melepaskan diri dengan melalui lebuh raya, namun sangkaan mereka salah.

Setelah keluar dari lebuh raya dan melalui satu jalan kecil, satu kereta peronda yang lain sudah siap sedia menunggu kedatangan mereka.

Pemandu dan seorang penumpang Golf GTI kemudian berjaya ditahan oleh pihak polis dengan cara yang agak agresif. 

Setelah siasatan dilakukan, pihak polis mendapati pemandu Golf GTI tersebut didapati tidak mempunyai lesen memandu yang sah. Selain itu, terdapat juga sejumlah besar wang yang disembunyikan dalam kereta tersebut.

Volkswagen Golf GTI  tersebut dan kesemua wang yang dijumpai kemudiannya dirampas.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here