Nico Rosberg ‘belasah’ Volkswagen I.D. R di litar Nurburgring

1230

Volkswagen I.D. R merupakan kereta elektrik terpantas di dunia, dan baru-baru ini bekas pelumba Formula 1 dan juara dunia, Nico Rosberg berpeluang mengujinya.

Volkswagen I.D. R

Tidak ramai individu yang tidak mempunyai kaitan dengan Volkswagen, berpeluang untuk memandu I.D. R ini. Rosberg berpeluang menguji kereta tersebut di litar Nurburgring pada hujung minggu lepas iaitu sebelum Grand Prix Eifel berlangsung.



Sebelum memulakan ujian, Rosberg sempat berbual dengan Romain Dumas, individu yang memandu I.D. R di litar Nurburgring dengan catatan masa 6 minit 5.336 saat pada tahun lepas.

Rosberg akui agak gementar ketika kali pertama masuk ke ruangan dalam Volkswagen I.D. R, namun dia dapat menyesuaikan diri tidak berapa lama selepas itu.

Dalam keadaan ideal, I.D R mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 1.65 saat, namun disebabkan keadaan permukaan litar yang lembap Rosberg tidak mampu mencatat masa tersebut. 

Volkswagen I.D. R sememangnya tidak sepantas jentera perlumbaan Formula 1 yang dipandu Rosberg, namun menurut pelumba kelahiran Jerman ini, ketika di selekoh kereta tersebut menyerupai jentera Formula 1 hasil dari jumlah downforce yang dihasilkan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here