Lewis Hamilton samai rekod Michael Schumacher selepas juarai Grand Prix Eifel

1246

Lewis Hamilton kini berjaya menyamai rekod 91 kemenangan siri Formula 1 milik Michael Schumacher selepas muncul juara pada Grand Prix Eifel yang berlangsung di litar Nürburgring, Jerman.

Lewis Hamilton Michael Schumacher

Pelumba pasukan Mercedes ini menang dengan selesa setelah rakan sepasukannya, Valtteri Bottas mengalami masalah enjin menjelang akhir perlumbaan. Berikutan kemenangan ini, Hamilton kini mengumpul 69 mata bagi mendahului kedudukan pelumba secara keseluruhan.



Selepas perlumbaan tersebut, Hamilton menerima hadiah tambahan berupa satu topi keledar merah paling popular milik Schumacher, yang disampaikan oleh anaknya iaitu Mick.

Sebagai perbandingan, Hamilton berjaya memperoleh 91 kemenangan setelah terlibat dalam 261 perlumbaan Formula 1, manakala Schumacer pula memperoleh jumlah kemenangan yang sama setelah terlibat dalam 247 perlumbaan Formula 1, iaitu pada Grand Prix China 2006.

Hamilton juga semakin hampir untuk merebut kejuaraan dunia ketujuhnya musim ini, yang akan membolehkannya menyamai jumlah rekod juara dunia milik Schumacher. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here