Kes curi rim kereta, kali ini Mercedes-Benz CLK63 AMG Black Series yang rare jadi mangsa!

2415

Dua roda belakang sebuah Mercedes-Benz CLK63 AMG Black Series yang rare baru-baru ini difahamkan telah dicuri. Kejadian dikatakan berlaku di London.

Mercedes-Benz CLK 63 AMG Black Series

Mercedes-Benz hanya menghasilkan sebanyak 500 unit model ini, dan majoriti dari jumlah tersebut berada di Amerika Syarikat. Semasa kejadian, kereta yang berwarna silver tersebut diparkir di tepi jalan yang terdedah kepada risiko kecurian.



Pencuri dipercayai menggunakan jek hidraulik untuk mengangkat bahagian belakang kereta. Mereka kemudian mencabut kedua-dua roda belakang, meletakkan beberapa batu bata pada bahagian bawah kereta dan menurunkan kereta tersebut.

Pencuri juga dikatakan cuba untuk mencuri roda pada bahagian hadapan, berdasarkan keadaan tayar yang sudah separuh dibuka dan jek hidraulik yang ditinggalkan di bahagian hadapan kereta.

Polisi insurans yang ada pada kereta tersebut diharapkan dapat membantu meringankan kos yang terpaksa ditanggung pemiliknya atas kerugian dan kerosakan dari kes kecurian ini.

Roda kereta yang dicuri berkemungkinan besar akan dijual bagi mendapatkan wang dengan mudah.

Untuk makluman, Mercedes-Benz CLK63 AMG Black Series dikuasakan oleh enjin V8 6.2 liter naturally-aspirated yang mampu menghasilkan sehingga 500hp dan 630Nm tork. Enjin ini juga digabungkan dengan transmisi SpeedShift 7G-Tronic.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here