Jalan ditutup kerana kemalangan, polis tunggang motosikal bantu hantar pelajar ke tempat peperiksaan

1861

Dalam setiap kesusahan pasti akan ada pihak yang membantu. Tapi siapa sangka anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri yang sanggup menghulurkan pertolongan.

polis bantu pelajar

Itulah kejadian yang berlaku di Persiaran Utara, Putrajaya sekitar jam 8.30 pagi ini apabila anggota polis trafik membantu seorang pelajar pergi ke tempat peperiksaan dengan menunggang motosikal.



Kisah menarik ini telah dikongsikan oleh Aimad Azfar di Twitter.

Dia dikatakan dalam perjalanan untuk menghantar sepupunya ke tempat peperiksaan dan peperiksaan tersebut akan bermula pada jam 9 pagi.

Namun, berlaku kemalangan yang melibatkan lori dengan muatan tanah, yang menyebabkan jalan ditutup. Dia yang memandu kereta juga tidak dapat meneruskan perjalanan. 

Tidak lama kemudian, anggota polis trafik yang sedang membuat sekatan jalan raya telah datang untuk membantu membawa sepupunya untuk ke tempat peperiksaan dengan menaiki motosikal.

Dalam posting yang sama, Aimad turut menzahirkan ucapan terima kasih atas bantuan yang diberikan walaupun dimaklumkan bahawa anggota polis tersebut telah habis waktu bekerja.

Walaupun pihak polis perlu menjalankan tugas dan amanah, namun mereka tetap bermurah hati untuk membantu masyarakat dalam kesusahan. Terima kasih abang polis!

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here