Akibat tidak fokus, penunggang motosikal ini ‘terlekat’ pada kawat berduri

1372

Akibat tidak fokus semasa menunggang, penunggang motosikal ini mengalami nasib kurang baik, apabila dia ‘terlekat’ pada kawat berduri yang disediakan oleh polis untuk langkah keselamatan terhadap demonstrasi jalanan yang kini berlaku di Indonesia.

Demonstrasi tersebut berlaku disebabkan ramai rakyat Indonesia yang menolak konsep Omnibus Law RUU Cipta Kerja. Untuk mengamankan situasi tersebut, pihak polis terpaksa menutup jalan.



Berdasarkan dari rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik oleh laman Instagram infopalu, kelihatan seorang penunggang motosikal yang nampaknya tidak fokus dan tidak melihat kawat berduri yang menutup jalan yang dilaluinya.
 
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Video CCTV kejadian pengendara tabrak barikade kawat berduri polisi di jalan Samratulangi, Senin (12/10/2020) kemarin sore. . Video : @putuswagraha #infopalu #palu

A post shared by Info Palu (@infopalu) on

Dengan selamba, dia memandu ke arah jalan yang ditutup itu, dan seakan ‘lekat’ pada kawat berduri yang disediakan.
 
Pihak polis yang berada di kawasan tersebut segera menolong penunggang motosikal terbabit, sambil dibantu oleh orang awam.
 
lekat kawat berduri
Perlu diingatkan, ketika memandu atau menunggang anda mestilah memberikan fokus sepenuhnya, bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku.
 
Malah, sekiranya sesebuah jalan yang ingin dilalui ditutup atas faktor tertentu, cari jalan alternatif yang lain untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here