Pelumba rali profesional Ken Block ajar anak perempuan 14 tahun cara drift

1391

‘Bapa borek, anak rintik’, itulah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan kisah pelumba rali profesional berpengalaman, Ken Block dan anak perempuannya Lia Block. 

Ketika Lia berusia 14 tahun, Ken Block mengajar Lia teknik dan cara-cara untuk drift dengan memandu sebuah Fox Body Mustang di Utah Motorsports Campus.



Ken juga meminta khidmat dari juara Formula Drift, Vaugh Gittin Jr untuk mengajar anak perempuannya menjadi seorang drifter terkenal suatu hari nanti.

ken block

Dalam proses pembelajaran tersebut, kereta yang dipandu Lia mengalami masalah pada sistem penyejukan enjin.

Lia akhirnya membuat keputusan untuk menebuk beberapa lubang pada bampar hadapan, untuk menambah ruang kemasukan udara yang akan berfungsi sebagai penyejuk pada enjin.

Selain itu, tayar kereta yang dipandu Lia juga pecah kerana terlalu panas, yang membuatkannya berhenti dan menukar tayar.

Lia juga difahamkan tidak memerlukan masa yang lama untuk mahir dalam bidang ini, kerana dalam masa hanya 2 minggu, dia sudah mampu drift menggunakan Ford Escort yang mempunyai sekitar 335hp.

Lia dilihat mempunyai bakat semula jadi untuk sukan ini dan semestinya dia tidak mempunyai masalah untuk bersaing di masa yang akan datang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here