Ken Block ubah suai Ford F-150 1977 menjadi ‘Hoonitruck’

2929

Ken Block merupakan pelumba rali terkenal Youtube dan juga seorang usahawan kini sedang menyiapkan siri video gymkhana episod ke-10.

Video itu dinamakan sebagai “Gymkhana 10” dan dia mendedahkan jentera yang bakal muncul dalam videonya itu.

Jentera itu merupakan Ford F-150 1977 yang diubah suai dan digelar sebagai Hoonitruck.



Ford F-150 yang diubahsuai Ken Block
Ford F-150 yang diubahsuai Ken Block

Sekiranya anda tertanya-tanya, gymkhana merupakan antara sukan permotoran kereta yang memerlukan pemandu melakukan beberapa teknik secara pantas di atas trek. 

Hoonitruck itu dinamakan bersempena skuad Hoonigan yang sama-sama menyiapkan kereta itu. Ia dilengkapi dengan sistem all-wheel-drive dan kuasa 914hp bersama tork 952 Nm.

Walaubagaimanapun, enjin yang digunakan bukanlah enjin V-8. Block telah memilih enjin V-6 3.5 liter yang mana ia direka bentuk untuk kereta lumba Ford GT dan digunakan pada Hoonitruck ini.

Kuasa yang disasarkan kepada keempat-empat tayar menggunakan transmisi enam kelajuan yang sama dengan kereta Mustang Hoonicorn kepunyaan Block.

Casis, badan kereta dan proses fabrikasi dijalankan oleh Detroit Speed di Utara Carolina. Manakala reka bentuk dan penggayaan jentera itu merupakan idea Block bersama skuad Hoonigan.

Kereta ini mendapat tempat yang istimewa dihati Block kerana ia merupakan model yang sama dimiliki oleh mendiang ayahnya. Dia belajar memandu menggunakan model Ford 150 sewaktu berusia 15 tahun.

Jadi tidak hairan lah pengubahsuaian ini sangat bermakna buat Block dan ia seolah menggamit memori perlumbaan pada awal usianya. Tonton video ini untuk lihat ubah suai pada Ford 150 sehingga ia menjadi jentera yang lebih hebat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here