Kereta elektrik dari Singapura bakal dibina di UK

1948

Syarikat dari Singapura mengumumkan pembinaan kereta elektriknya di United Kingdom. Pengumuman itu dilakukan hanya selepas beberapa hari Dyson dari United Kingdom umumkan pembinaan kereta elektrik mereka di Singapura.

Dendrobium Automotive dari Singapura itu ditubuhkan dalam sektor kereta elektrik. Syarikat  itu ditubuhkan untuk mereka bentuk, membina dan mengilangkan kereta elektrik yang berteknologi tinggi.



Nama unik Dendrobium itu sebenarnya berasal daripada nama bunga orkid yang berasal dari Singapura. Malahan gaya pembukaan pintu dan bumbung yang boleh dibuka itu juga direka berdasarkan rupa kelopak bunga itu.

Menggunakan strategi yang sama seperti Rimac daripada Croatia, Dendrobium rancang pembinaan kereta elektrik mereka untuk menonjolkan teknologi terkini.

Kereta elektrik yang dinamakan sebagai D-1 itu direka bentuk oleh sebuah firma dari Singapura yang bernama Vanda Elektrics. D-1 kemudiannya dibangunkan oleh Dendrobium dengan bantuan daripada Williams Advanced Engineering yang pernah merunding pembinaan Formula One (F-1).

D-1 masih lagi difasa kereta konsep dan mula ditonjol di Geneva Motor Show pada 2017 dan disahkan bakal ia mempunyai kuasa 1,800 hp dan tork sekitar 1,999 Nm. 

Kuasa yang hebat itu datang daripada motor elektrik yang akan memberi kelajuan sehingga 97 kilometer sejam(km/j) dalam masa 2.7 saat.

 

Walaupun masih tiada maklumat lengkap tentang bateri yang digunakan, ia dimaklumkan bakal menggunakan unit bateri lithium-ion.

Jentera itu juga dikatakan bakal menggunakan cakera brek daripada karbon-seramik dan tayar Michelin 20-inci di depan dan 21-inci di belakang.

Walaupun pembinaan D-1 disahkan, namun masih belum ada maklumat tentang bila ia akan dibina dan dimana ia bakal dijual.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here