MotoGP Australia – Hafizh Syahrin bermula di petak ke-10

1294

Hafizh Syahrin Abdullah, pelumba MotoGP negara, mencipta sejarah tersendiri apabila bakal memulakan perlumbaan di litar Philip Island, Australia di petak ke-10 buat kali pertama dalam kariernya.

Hafizh bagaimanapun mencemaskan peminat sukan permotoran negara dengan insiden jatuh pada kelajuan yang cukup tinggi semasa sesi latihan ketiga. Nasib menyebelahinya tiada kecederaan serius yang di alami.



Tayar depan motosikalnya hilang kawalan semasa mula memasuki selekoh. Hafizh jatuh didalam keadaan laju dan berguling ke tepi litar.

Namun itu bukan halangan bagi anak muda berusia 24 tahun itu. Sesi latihan keempat di teruskan dan berjaya mencatat masa 1 minit 30.593 saat.

“Saya cuba menahan kesakitan di bahagian jari, bahu serta siku dan keputusan ini adalah kejutan kepada saya. Mungkin kerana mahu buktikan kemampuan sebenar, selalunya saya akan lebih berhati-hati di selekoh terutamanya selepas terlibat dengan kemalangan.” ujar Hafizh.

Kedudukan tersebut cukup bermakna buat Hafizh. “Saya akan berehat kerana jari masih sakit kesan jatuh”, katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here