Karier berakhir di MotoGP, Hafizh Syahrin umum bergabung dengan MIE Racing Honda di WSBK (2022)

1780

Terdahulu, Hafizh Syahrin Abdullah mengumumkan akan meninggalkan kejohanan dunia, MotoGP musim ini dan ketika itu dia masih tiada perancangan tentang masa depan. 

Bagaimanapun, terkini pelumba itu mengesahkan bakal bergabung dengan pasukan MIE Racing Honda bersaing pada kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) musim depan.



Perkembangan terbaru itu memberi khabar gembira buat peminat permotoran negara yang akan dapat melihat aksi pelumba tempatan itu di pentas dunia. 

Hafizh yang dikenali dengan julukan El Pescao akan bergandingan bersama pelumba Argentina, Leandro Mercado menunggang menggunakan jentera CBR1000RR-R di WSBK. 

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada Midori Moriwaki (Prinsipal Pasukan) kerana bertemu saya di Valencia, tempat terakhir saya di Kejuaraan Dunia sebagai pelumba Moto2.

“Saya akan berlumba di WSBK pada tahun 2022 dengan MIE Racing Honda Team. Harap dapat buat yang terbaik. InsyaAllah, saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk tahun 2022 nanti,” kata Hafizh.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here