PKPB: Tiada surat rentas negeri, dua juruterbang dan dua penumpang dikompaun di Pulau Tioman

1796

Kerana tidak mempunyai surat kebenaran merentas sempadan negeri, dua juruterbang dan dua penumpang dikompaun di Pulau Tioman semalam.

Mereka dikenakan kompaun selepas pesawat ringan yang mereka naiki mendarat di Lapangan Terbang Kampung Tekek, Pulau Tioman.

Pesawat selepas mendarat di Lapangan Terbang Kampung Tekek, Pulau Tioman. Imej: Bernama

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azari Miskon berkata keempat-empat individu termasuk seorang wanita telah berlepas dari Lapangan Terbang Subang, Selangor.



Pesawat persendirian jenis Piper PA-28 Cherokee itu mendarat di pulau peranginan itu kira-kira jam 3 petang.

“Selain juruterbang, pesawat tersebut dinaiki oleh pengurus keselamatan dan pengurus pemasaran sebuah perniagaan akitivti menyelam di sebuah resort di Kampung Juara, Pulau Tioman.

“Mereka didapati tidak mempunyai surat kebenaran merentas sempadan negeri daripada polis mahupun surat majikan atau bekerja dalam sektor keperluan asas, yang merupakan keperluan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Selangor,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Azari berkata kompaun itu dikeluarkan mengikut Seksyen 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 kerana keluar dari kawasan yang diisytiharkan PKPB tanpa kebenaran. 

Imej: airport-data.com

Beliau berkata mereka juga bersetuju untuk pulang ke Lapangan Terbang Subang pagi ini kerana juruterbang persendirian itu mendakwa tidak mempunyai kebenaran menerbangkan pesawat pada waktu malam. 

“Untuk malam ini, pihak Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan gelang kuarantin kepada empat individu itu selain akan dipantau oleh pasukan pemantauan sehingga mereka bertolak pulang esok,” katanya. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here