Ford Mustang Hoonicorn mainan baharu Ken Block yang memiliki 1,400hp

3268

Sebagai tanda penghormatan kepada video Gymkhana 10 baru-baru ini. Mari kita lihat apa yang menarik tentang satu daripada 5 bintang kereta yang digunakan iaitu Ford Mustang Hoonicorn keluaran 1965. Kereta milik Ken Block itu diberi nama ‘Frightening‘.

Ia menyalurkan 1,400hp yang dihamburkan dari enjin V8 dengan tambahan sepasang Garrett turbo. Kuasanya disalur terus keempat-empat roda seperti yang kita saksikan dalam “Climbkhana.”
 
 

Hoonicorn ini menggunakan model asas Mustang 1965, tapi difahamkan semua sudah menjalani proses kustom yang menggunakan material gentian karbon.



Biarpun Mustang Hoonicorn itu bukanlah dalam kategori kereta lumba, pasukannya menganggapnya seperti kereta lumba kerana badan luarannya dibina khas untuk digunakkan dalam aksi Gymkhana.

Justeru itu, setiap bahagiannya disediakan lima set komponen gantian sekiranya diperlukan.

Namun tahukah anda, Block secara langsung terbabit dalam pembikinan reka bentuk kereta untuk memastikan tiada sebarang kesilapan.

Jika dilihat pada sisi bawah kereta, terlihat kesan daripada aksi yang dilakukan sepanjang tahun. Setengah daripada kesan yang terdapat pada kereta itu tidak dapat dipadamkan.

Pada bahagian dalam, anda boleh melihat papan pemuka gentian karbon dan juga kelihatan brek tangan ‘Hoonigan’ yang besar yang membezakan jentera lain. Brek tangan itulah yang membantu Block menghasilkan drift yang lebih hebat.

 

Sila like page kami motoqar.my untuk mengetahui info automotif tempatan dan global.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here