Proton X50 akhirnya didedah, ini 8 perkara yang anda wajib tahu!

5030

Ini dia tuan-tuan dan puan-puan, Proton X50 akhirnya didedahkan secara rasmi kepada media. Ini bukan pelancaran rasmi, tetapi acara di Proton Tanjung Malim, Perak ini hanya pratonton dan bersempena upacara roll-off model itu.

SUV kompak ini merupakan model segmen-B yang berada di bawah X70. Sempena acara pratonton ini juga, Proton mengumumkan bahawa anda semua sudah boleh mula membuat tempahan X50 esok (16 September) dengan bayaran tampahan RM500.



Bersempena dengan Hari Malaysia! Hadiah Proton untuk rakyat Malaysia.

Walaubagaimanapun, tiada unit X50 akan berada di bilik pameran. Proton akan menjalankan City Preview dimana X50 akan dibawa ke beberapa bandar terpilih utama untuk orang ramai melihat dengan lebih dekat.

Ini ciri-ciri yang anda perlu tahu tentang Proton X50:

1. Rekabentuk unik Proton

Walaupun diambil dari model Geely Binyue seperti semua sedia maklum, Proton X50 mendapat sentuhan Proton.

Dari segi astetik, anda boleh lihat di luar dan dalam terdapat elemen Infinite Weave seperti pada gril depan dan pembesar suara.

Kami juga dapati spoiler bumbung belakang X50 ini unik pada Proton, kerana ia sedikit berbeza dari spoiler Geely Binyue.

2. Proton X50 model pertama guna enjin 1.5-liter turbo port-injected

Walaupun enjin X50 dibangunkan oleh Geely, Proton X50 merupakan model pertama yang menggunakan unit 1.5 turbo 3-silinder port-injected ini. Enjin yang memacu varian Standard, Executive dan Premium ini menjana 148hp dan 226Nm tork.

Sementara itu, enjin 1.5 TGDI 3-silinder yang memacu varian Flagship ialah unit dengan “high output” yang menghasilkan 174hp dan 255Nm tork.

3. Transmisi dwi-klac 7-kelajuan

X50 mendapat transmisi automatik dwi-klac 7-kelajuan, sama seperti pada X70 CKD. Terdapat juga mod pemanduan Standard, Eco dan Sport.

4. Sistem bantuan pemanduan ADAS terkini bersamaan Autonomous Level 2

Proton X50 didatangkan dengan ciri Advanced Driver Assistance System (ADAS) yang terkini dan lebih menyeluruh berbanding X70.

ADAS merangkumi ciri seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan banyak lagi.

5. Empat varian ditawarkan

X50 ditawarkan dalam 4 varian, iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship.

6. Enam pilihan warna

Semua X50 mendapat kemasan dwi-tona dengan bumbung hitam. Tetapi untuk warna badan, ia didatangkan dengan enam warna, iaitu:

  • Snow White
  • Jet Grey
  • Armour Silver
  • Ocean Blue
  • Passion Red (baharu)
  • Citrus Orange (baharu)

7. Sistem infotaimen GKUI 19

Seperti sebelum ini, sistem GKUI 19 ini adalah versi yang sudah dinaik taraf dan lebih bagus berbanding terdahulu. GKUI 19 ini mempunyai lima kali ganda lebih pantas dari segi prestasi proses komputernya.

8. Spesifikasi mengikut varian:

1.5 T Standard

  • Enjin 1.5 T Turbo
  • 7 kelajuan automatik klac berkembar
  • 4 beg udara SRS
  • Lampu utama LED
  • Rim 17 inci
  • Kerusi balutan fabrik
  • Corong penyaman udara belakang
  • Infotaimen 8 inci – GKUI resolusi 1024X600, E01 Quad-Core
  • Kamera pandang belakang

1.5 T Executive 

  • Enjin 1.5 T Turbo
  • 7 kelajuan automatik klac berkembar
  • 6 beg udara SRS
  • Lampu utama LED auto
  • Rim 17 inci
  • Kerusi balutan kulit
  • Corong penyaman udara belakang
  • Infotaimen 8 inci – GKUI resolusi 1024X600, E01 Quad-Core
  • Kamera pandang belakang
  • Roda stereng balutan kulit
  • Lampu kabus

1.5 T Premium 

  • Enjin 1.5 T Turbo
  • 7 kelajuan automatik klac berkembar
  • 6 beg udara SRS
  • Lampu utama LED auto
  • Rim 18 inci
  • Corong penyaman udara belakang
  • Infotaimen 10 inci – GKUI resolusi 1,920X720, E01 Quad-Core
  • Kamera 360 darjah
  • Roda stereng balutan kulit
  • Lampu kabus
  • Kerusi balutan kulit
  • Monitor tekanan tayar
  • Kerusi berkuasa elektrik

1.5 TGDi Flagship

  • Enjin 1.5 TGDi 
  • Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)
  • Ruang dalaman dengan dual tona
  • Bumbung Panoramik
  • 7 kelajuan automatik klac berkembar
  • 6 beg udara SRS
  • Lampu utama LED Auto
  • Rim 18 inci
  • Corong penyaman udara belakang
  • Infotaimen 10 inci – GKUI resolusi 1,920X720, E01 Quad-Core
  • Kamera 360 darjah
  • Roda stereng balutan kulit
  • Lampu kabus
  • Kerusi balutan kulit
  • Monitor tekanan tayar
  • Kerusi berkuasa elektrik

Tiada harga yang didedahkan oleh Proton setakat ini selain dari bayaran tempahan RM500 itu. Kami jangkakan ia akan berharga sekitar RM75k hingga RM105k. 

Apa pendapat anda?

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here