Terlibat dalam kemalangan, lelaki ini pulang tidur di rumah dahulu sebelum buat laporan polis

1314

Kejadian yang sangat pelik berlaku pada pagi 14 September di Seremban, Negeri Sembilan.

Kira-kira pukul 5 pagi pada hari yang sama, seorang lelaki yang dalam perjalanan pulang ke rumah tertidur ketika sedang memandu. Oleh sebab itu, kereta jenis Audi yang dipandunya jatuh ke dalam sungai berdekatan.



Apa yang pelik, setelah kejadian itu dia tidak membuat laporan polis, malah memilih pulang ke rumahnya yang terletak di kawasan berdekatan untuk tidur.

pulang tidur

Pada jam 7.50 pagi, seorang pekerja di sebuah restoran berdekatan diberitahu tentang kejadian ini oleh salah seorang pelanggan wanita. Dia kemudian bergegas ke tempat kejadian dan menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat.

Setibanya di tempat kejadian, anggota bomba gagal untuk menemui pemandu kereta tersebut.

pulang tidur

Mereka kemudian menerima maklumat bahawa pemilik kereta tersebut kini berada di rumahnya. Berjaya menemui pemilik di rumahnya, anggota bomba diberitahu oleh pemilik Audi berkenaan bahawa ketika memandu, dia dalam keadaan sangat mengantuk. 
 
Dia juga berkata ingin tidur terlebih dahulu dan akan membuat laporan polis setelah bangun dari tidur.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here