Walaupun hujan, penghantar makanan ini sanggup jalan kaki redah banjir demi komitmen pada tugas

1732

Seorang penghantar makanan yang tidak dikenali mendapat pujian daripada penduduk di Sabah selepas satu klip video menunjukkan pemuda itu meredah banjir dengan berjalan kaki di Kibabaig, Penampang dekat Kota Kinabalu, tular di media sosial.

penghantar makanan

Menerusi klip video tersebut, lelaki berkenaan dilihat menggalas sebuah beg besar, difahamkan membawa pesanan makanan.



Ketika itu, dia berjalan meredah banjir paras lutut di kawasan perumahan pada waktu malam.

Rata-rata masyarakat memuji tindakan lelaki tersebut kerana komitmennya terhadap tugas meskipun cuaca buruk.

Selain itu, ada juga yang turut memberi nasihat kepada orang ramai supaya tidak membuat pesanan makanan melalui penghantaran ketika musim hujan. 

Ada juga yang mengkritik pelanggan kerana membuat pesanan makanan meskipun cuaca begitu buruk.

Seorang netizen yang dikenali sebagai Patricia J berkata, dia berharap pelanggan yang membuat tempahan dengan lelaki berkenaan memberikannya tip.

Mereka yang memberikan khidmat penghantaran makanan dinasihatkan untuk kekal selamat dan memikirkan tentang mengutamakan keselamatan.

Kibabaig merupakan antara kawasan yang terjejas akibat banjir, berikutan hujan lebat sejak petang Isnin.

Kawasan-kawasan lain yang turut terjejas adalah Penampang, Bundusan, Luyang dan kawasan sekitar.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here