Utama Berita Automotif JPJ kaji semula selaraskan undang-undang aktiviti berbasikal di jalan raya

JPJ kaji semula selaraskan undang-undang aktiviti berbasikal di jalan raya

1516

Sejak akhir-akhir ini, aktiviti berbasikal secara berkumpulan sering menjadi topik perbualan ramai disebabkan ada pihak yang menjalankan aktiviti ini di tempat membahayakan seperti di atas jalan raya sesak.

berbasikal

Sehubungan dengan itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memandang serius isu aktiviti ini kerana dikhuatiri membahayakan pengayuh dan pengguna kenderaan lain.
 
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, pihaknya akan mengkaji isu berkenaan bersama pihak berkuasa berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia bagi mendapatkan penyelesaian terbaik dalam menjaga keselamatan semua pengguna jalan raya termasuk mereka yang berbasikal.
 
“Dalam konteks undang-undang, basikal bukan golongan yang patut berada di atas jalan raya yang dikenakan cukai jalan.”
“Bagaimanapun, tiada undang-undang khusus basikal di bawah Akta Pengangkutan Jalan yang boleh dikuatkuasakan dan JPJ akan bekerjasama dengan agensi lain untuk selaraskannya,” katanya.
 
Beliau berkata, JPJ akan mengambil langkah keselamatan dengan memberi advokasi pendidikan kepada pengguna basikal dalam konteks menggunakan jalan raya secara berhemah memandangkan semakin banyak aktiviti basikal di jalan raya sejak akhir-akhir ini.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here