[Video] Bergesel dengan penunggang basikal, Perodua Viva ‘cabut’ lari….

1402

Kisah tentang penunggang basikal sering mencetuskan pertikaian dalam kalangan pengguna jalan raya lain.

Ini kerana ada antara mereka yang menggunakan laluan lebuh raya bahkan mengayuh di tengah jalan raya sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain.



Bagaimanapun menerusi video yang tular baru-baru ini, lain pula kisahnya apabila seorang pengguna jalan raya berkongsi sebuah video rakaman papan pemuka (CCTV) yang menunjukkan Perodua Viva menghimpit dua penunggang basikal.

Kejadian yang dipercayai berlaku sekitar Alor Setar, Kedah itu menunjukkan penunggang basikal yang sebelumnya menggunakan lorong kecemasan terpaksa memasuki jalan utama apabila lorong di depannya dihalang dengan pengadang jalan.

Bagaimanapun mereka tidak mengganggu trafik kerana masih menggunakan sisi jalan. Tetapi Perodua Viva yang turut melalui laluan tersebut ‘menghimpit’ penunggang basikal tersebut sehingga berlakunya pergeseran.

Situasi itu menyebabkan kedua-dua penunggang basikal tersebut jatuh. Lebih mengejutkan pemandu Perodua Viva tersebut tidak menghentikan kereta dan berlalu begitu saja. 

Tidak diketahui keadaan penunggang basikal tersebut namun pada video itu boleh dilihat perakam menghentikan kenderaannya selain membunyikan hon bagi cuba memberitahu pemandu Viva itu.  

Walaupun ada yang menyalahkan penunggang basikal namun berdasarkan video berkenaan boleh dilihat masih banyak ruang di bahagian kanan entah mengapa pemandu Viva itu terlalu banyak menggunakan ruangan sebelah kiri.

Selain itu, perlu diingatkan penunggang tersebut tidak melakukan kesalahan kerana mereka bukannya menggunakan laluan lebuhraya.

Video tersebut menimbulkan pertikaian dalam kalangan netizen antaranya:

“Dah tau ada lencongan tu slowla tengok kanan masuk juga memang kena himpitla dengan vive forever tu.”

“Bawa basikal sekali pun tengokla kiri kanan, apa! Ingat lesen ko tu besar sangat ke.”

“Vivaja pun, besar lagi kot jalan raya tu. Kalau kenal driver Vivatu bagitau dia  tak payah bawa Vivala lain kali. Naik kereta lembuja.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here