[Video] Warga Bangladesh bawa traktor boleh dapat gaji RM5k sebulan

2074

Sektor perladangan dilihat antara sektor yang kurang popular dalam kalangan rakyat tempatan mungkin kerana terpaksa berpanas dan pulangan yang kurang lumayan.

Namun, jangan terkejut, seorang warga Bangladesh yang bekerja sebagai pemandu traktor mampu memperoleh gaji lumayan melebihi RM5,000 sebulan.



Kisah itu dikongsi di akaun TikTok @zackl150, yang menunjukkan dia berbual dengan seorang lelaki bangladesh bernama Md Shamim Ali, 27 yang bekerja di Ladang Mawar sebagai pemandu traktor dan pengangkut buah sawit sejak lima tahun lalu.

Menerusi video itu dia bertanyakan tentang gaji bulan lalu Shamim dan pemuda itu berkongsi slip gajinya bulan lalu. Dia yang melakukan dua tugas itu secara purata boleh mengangkut 20 hingga 30 tan buah sawit sehari dengan bayaran RM8.50 per tan. 

Sementara itu, perkongsian tersebut mendapat perhatian Pengurus Ladang Mawar Group of Estate (MGOE) and Cherul Group of Estate (CGOE), Mohd Izzat Afif Ismail. Dia mengesahkan jumlah tersebut bukan pendapatan tetap yang diperoleh setiap bulan sebaliknya berdasarkan jumlah berat buah tandan segar.

Selain itu, jumlah gaji itu juga melibatkan kerja tambahan dan elaun-elaun lain seperti yang termaktub di bawah Persatuan Pengeluar Pertanian Malaya (MAPA) dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja Ladang (NUPW).

Menurutnya,diladang tersebut terdiri daripada pekerja asing manakala selebihnya pekerja tempatan dengan rata-rata mereka memperoleh pendapatan sekitar RM3,000 sebulan bergantung kepada kerajinan pekerja. 

“Bulan lepas dapat RM5,000 lebih sebab Md Shamim dapat mengangkut lebih banyak buah dan banyak buat kerja-kerja lain kerana dia mahu cuti balik kampung untuk berkahwin pada Mac nanti.

“Bulan ini dijangka gaji diperolehi mereka lebih besar kerana ada pembayaran bonus tahunan oleh syarikat kepada semua pekerja,” katanya.

@zackl150

#fyp #Malaysiatiktok#IndonesiaBangladesh,

♬ bunyi asal – abg hensem – abg hensem

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here