Kenderaan baharu di Eropah akan dilengkapi sistem hadkan kelajuan menjelang 2024?

687

Kesatuan Eropah (EU) akan memperkenalkan sistem Bantuan Kelajuan Pintar (ISA) automatik yang akan dipasang pada semua kenderaan baharu yang akan dijual di pasaran Eropah bermula 2024.

Apa itu Bantuan Kelajuan Pintar (Intelligent Speed Assistance ISA)?



Sistem ISA ini berfungsi dengan mengesan kedudukan kenderaan menggunakan GPS sebelum mengenalpasti halaju maksimum yang ditetapkan. Komputer kenderaan kemudian akan mengurangkan kelajuan mengikut halaju tersebut.

Menurut satu kajian di Britain menganggarkan bahawa ISA dapat mengurangkan kematian kemalangan jalan raya, dan perlaksanaan teknologi yang menarik ini akan dijadikan standard pada semua model kereta baharu.

Teknologi ini amat berguna terutamanya di kawasan sekolah dan perumahan, sekiranya pemandu ingin memandu lebih laju untuk tujuan memotong kenderaan misalnya, ISA boleh dipintas dengan menekan minyak.

Selepas memotong sistem ISA kembali mengambil alih urusan kelajuan kenderaan. Ia juga boleh dimatikan tetapi akan diaktifkan semula setiap kenderaan dihidupkan. Dengan wujudnya ISA, EU berharap kemalangan maut akan turun ke sifar menjelang 2050.

Tetapi sistem ini tetap mempunyai kelemahan seperti sistem ISA yang hanya memberi amaran kepada pemandu tanpa memberi mereka maklum balas, tidak mengenal pasti had kelajuan yang betul dan penyahaktifan pengguna yang terlalu mudah.

Bagaimanapun pengeluar seperti Ford, Mercedes-Benz, Peugeot-Citroen, Renault dan Volvo sudahpun menjual beberapa model kenderaan dengan sistem ISA. Volvo misalnya mengehadkan kelajuan kenderaan mereka ke 180 km/j sahaja bermula 2020.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here