Salji di Arab Saudi? Pihak keselamatan terpaksa tutup jalan

1308

Arab Saudi sememangnya terkenal sebagai negara tandus tetapi suhu antara rantaunya berbeza-beza berikutan kepelbagaian lanskap termasuk kawasan pergunungan, pulau, gurun, gua dan lembah.

Menjelang awal tahun baru-baru ini, beberapa wilayah di utara Arab Saudi dilitupi salji, sebahagian besarnya di bahagian Tabuk di mana penurunan suhu ketara dicatatkan.



Cuaca ekstrem tersebut menyebabkan pasukan keselamatan terpaksa menutup jalan ke Jebel Al Lawz, selepas beribuan penduduk tempatan dan pengunjung berpusu-pusu untuk menikmati pemandangan.

Jebel Al Lawz ialah sebuah pergunungan di barat laut Arab Saudi berhampiran sempadan Jordan di wilayah Tabuk, kira-kira 200 kilometer dari barat laut bandar Tabuk.

Kali terakhir salji menutupi sebahagian bandar utara Arab Saudi sebegitu pada 2018, apabila penduduk tempatan dan pelancong melakukan aktiviti untuk merasai pengalaman bermain salji yang dianggap musim paling indah di rantau berkenaan.

Selain Tabuk, bahagian barat daya negara itu iaitu rantau Asir turut menyaksikan salji turun dan suhu dijangka turun di bawah 0°C. Sementara itu, Pusat Meteorologi Kebangsaan mengeluarkan ramalan ribut petir dan angin kuat dijangka berlaku di Makkah, Al Bahah, Riyadh, Al Qassim.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here