Aston Martin Vantage edisi ‘The Hunter’ hadir dengan warna baharu di Malaysia

1123

Sebagai penutup tirai tahun 2021, baru baru ini pengeluar kereta mewah Aston Martin Kuala Lumpur perkenalkan kepada umum unit kustom Aston Martin Vantage edisi ‘The Hunter.

Ini merupakan Vantage pertama  yang didatangkan dengan warna baharu China Grey di Malaysia yang diinspirasikan daripada semangat ‘hunter’ atau pemburu.



Menurut Aston Martin, tona kelabu melambangkan kepintaran manakala tona yang lebih gelap pada bahagian luar kereta melambangkan karakter agresif dan tegas seorang pemburu.

Antara sudut yang dipadankan dengan kemasan warna gelap ialah pada gril hadapan, lubang udara pada bonet, cermin sisi, panel bumbung, keliling tingkap dan diffuser belakang. Melengkapkan imejnya adalah rim 21 inci berwarna Satin Black.

Dalam ruangan kabin yang memberikan ciri mewah melalui bahan kemasan yang digunakan dan rekaan keseluruhan kabin kereta. Susun atur kokpitnya juga berorientasikan kepada pemandu untuk merasai pengalaman pemanduan yang lebih menarik.

Ia dihiasi dengan campuran warna Onyx Black dan Chancellor Red, serta kemasan Dark Satin Chrome sebagai sentuhan eksklusif. Kelengkapan lain adalah sama seperti yang terdapat pada versi standard, iaitu sistem audio Aston Martin, skrin LCD berukuran lapan inci, paddle shifter dan butang pemilih gear yang disusun di atas konsol tengah.

Aston Martin Vantage ditawarkan pada harga serendah RM 678,000.00 untuk model asas, manakala Aston Martin Vantage The Hunter Edition pula berharga RM 880,000.00 dengan jaminan dan servis selama lima tahun. Namun harga tersebut tidak termasuk duti dan cukai.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here