Utama Berita Automotif Ingkar arahan berhenti, JPJ sita Perodua Viva

Ingkar arahan berhenti, JPJ sita Perodua Viva

9
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sabah menyita sebuah Perodua Viva selepas pemandu enggan menghentikan kenderaan selepas diarahkan pegawai penguatkuasa di Kota Kinabalu pada Sabtu.
 
Menurut kenyataan, hasil pemeriksaan mendapati pemandu tidak memiliki lesen memandu kompeten (CDL).
 
“Selain itu, lesen kenderaan motor juga didapati tamat tempoh dan Viva berkenaan tidak memiliki perlindungan insurans.
 
“Pemandu juga melakukan kesalahan gagal berhenti apabila diarahkan serta memandu secara melulu dan membahayakan,” menurut kenyataan pada Ahad.
 
Susulan itu, pihak berkuasa mengeluarkan saman JPJ(P)22 melibatkan pelbagai kesalahan dan di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 
Pihak JPJ Negeri Sabah menegaskan bahawa arahan berhenti daripada pegawai penguatkuasa hendaklah dipatuhi.
 
Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang ingkar serta melakukan kesalahan di bawah undang-undang jalan raya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here