JPJ Pulau Pinang: Honda Integra raih bidaan tertinggi lelongan kenderaan sita

3150

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengutip kira-kira RM1.45 juta hasil lelongan 96 kenderaan sita yang dilupuskan, semalam. Proses lelongan awam bermula dari 9 pagi hingga 12 tengah hari itu dihadiri 148 pembida.

lelongan kenderaan sita

Menurut JPJ Pulau Pinang, proses lelongan itu dibuat terhadap 96 kenderaan sita atas kesalahan tidak didaftarkan mengikut Seksyen 7 Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Daripada jumlah itu, 94 daripadanya boleh dilesenkan, manakala dua lagi kenderaan tidak boleh dilesenkan (skrap).

Bidaan paling tinggi membabitkan kereta Honda Integra pada pada harga RM37,000 manakala motosikal Honda CB400 pula dibida pada harga RM12,000.

Antara model kenderaan lain yang dilelong ialah Honda Accord, Toyota Camry, Mazda 6, pelbagai model Mercedes Benz dan BMW, Honda Odyssey, Toyota Wish dan Mitsubishi Grandis selain motosikal dan van.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here