Banjir Kuala Lumpur: Perodua Kelisa ‘beraksi’

2041

Hujan lebat lebih dua jam bermula 2 petang semalam, mengakibatkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat.

banjir kuala lumpur

Antara kawasan terjejas disebabkan banjir kilat di Kuala Lumpur termasuk Lebuh Ampang, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Jalan Semarak, Lorong Ayer Leleh 5 dan Jalan San Ah Wing, Kampung Semarak.



Terdapat jalan utama yang dinaiki air menyebabkan beberapa kenderaan ditenggelami air dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.

Namun, tular satu video di media sosial yang memaparkan sebuah Perodua Kelisa dengan selamba mengharungi jalan raya yang dipenuhi air banjir.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @pheezothman yang berada di tempat kejadian berkongsi video tersebut untuk tatapan umum. 

“Jangan pandang hina kereta KELISA ok!! Chaiyokkk!!,” tulis pengguna tersebut sebagai kapsyen video.

Menerusi perkongsian berdurasi 24 saat itu menunjukkan Perodua Kelisa terbabit mencuba nasib mengharungi air banjir dengan penuh berhati-hati. 

Meskipun dengan keadaannya yang rendah dan paras air sudah mencecah enjin depan, Kelisa tersebut berjaya sampai ke hujung dan mendapat tepukan daripada warga Kuala Lumpur yang menyaksikan kejadian itu. 

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang memuji kereta buatan Malaysia itu, dan menjadikan Kelisa ini sebagai pesaing Perodua Myvi sebagai kereta paling ‘popular’ di Malaysia.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat hampir 623,000 tontonan dan 22,700 Retweet daripada warga Twitter. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here