Utama Berita Automotif Pemandu Rohingya cuba lari, akhirnya Kelisa disita JPJ

Pemandu Rohingya cuba lari, akhirnya Kelisa disita JPJ

6

Niat seorang lelaki warga Rohingya meloloskan diri daripada pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah berakhir dengan kegagalan apabila berjaya dipintas dalam ‘Ops PEWA’ di KM1, Jalan Padang Temusu, pada Isnin. 

Dalam kejadian itu, pemandu Perodua Kelisa terbabit bertindak nekad memecut kenderaan bagi mengelak pemeriksaan anggota penguatkuasa, namun tindakan agresifnya itu tidak mendatangkan hasil apabila dia akhirnya berjaya ditahan.

“Pemeriksaan mendapati pemandu Perodua Kelisa itu tidak memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang sah bagi warga asing, selain melakukan tiga kesalahan pemanduan dan dua kesalahan teknikal melibatkan kenderaan.
 
“Susulan itu, kenderaan disita dan dibawa ke Depoh Sita Stesen Penguatkuasa JPJ Kuala Ketil.
 
“Pemilik kenderaan turut dikenakan tindakan dan dikehendaki hadir ke mahkamah kerana membenarkan individu tanpa lesen memandu menggunakan kenderaannya,” menurut kenyataan. 
 
JPJ Kedah menegaskan cubaan melarikan diri daripada pemeriksaan tidak akan sesekali menghalang tindakan penguatkuasaan.
 
Operasi akan terus dipergiat bagi memastikan undang-undang dipatuhi dan keselamatan pengguna jalan raya terus terpelihara.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here