Utama Berita Automotif SUV Moden Kini Lebih Mudah Dimiliki, SUV Chery Bermula RM80,800, PHEV Dari...

SUV Moden Kini Lebih Mudah Dimiliki, SUV Chery Bermula RM80,800, PHEV Dari RM109,800

7

Memiliki sebuah SUV hari ini bukan lagi sekadar memilih reka bentuk yang menarik atau ruang kabin yang luas. 

Pengguna kini semakin bijak membuat keputusan dengan mengambil kira penggunaan bahan api, teknologi yang ditawarkan serta nilai keseluruhan yang diterima untuk setiap ringgit dibelanjakan.

Atas sebab itu, semakin ramai mula melihat kepada model yang bukan sahaja menawarkan ciri moden dan keselesaan untuk seisi keluarga, malah membantu menjadikan kos penggunaan harian lebih terkawal.

Inilah yang ditawarkan Chery menerusi barisan SUV mereka yang merangkumi model petrol konvensional hinggalah kepada teknologi Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) menerusi sistem Chery Super Hybrid (CSH).

Pilihan Lengkap Mengikut Keperluan

Sama ada anda mencari SUV kompak untuk kegunaan harian, model keluarga yang lebih luas atau SUV dengan teknologi elektrifikasi terkini, Chery menawarkan pilihan yang memenuhi pelbagai keperluan.

Bagi mereka yang mencari model praktikal dan mampu dimiliki, TIGGO Cross ditawarkan pada harga bermula RM80,800

Sementara itu, O5 dan TIGGO 7 Pro pula masing-masing bermula RM99,800, menawarkan gabungan reka bentuk moden, prestasi dan kelengkapan yang sesuai untuk kegunaan keluarga dan harian.

Namun, bagi mereka yang ingin menikmati kelebihan elektrifikasi tanpa perlu beralih sepenuhnya kepada EV, rangkaian TIGGO PHEV pastinya menjadi pilihan yang sukar diabaikan.

Kenapa Semakin Ramai Memilih PHEV?

Teknologi Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) menggabungkan enjin petrol dan motor elektrik dalam satu sistem rangkaian kuasa.

Untuk perjalanan harian, pemandu boleh memanfaatkan kuasa elektrik bagi membantu mengurangkan penggunaan bahan api. 

Apabila perlu melakukan perjalanan lebih jauh, enjin petrol akan mengambil alih secara automatik, sekali gus menghapuskan kebimbangan mengenai jarak pemanduan seperti yang sering dikaitkan dengan EV sepenuhnya.

Hasilnya, pengguna menikmati pengalaman pemanduan yang lebih cekap tanpa perlu mengubah rutin harian.

TIGGO 7 PHEV CSH, SUV Keluarga Yang Lengkap

Menerusi teknologi Chery Super Hybrid (CSH), TIGGO 7 PHEV CSH menawarkan gabungan prestasi, kecekapan dan praktikaliti dalam sebuah SUV lima tempat duduk.

SUV ini menggunakan enjin 1.5L TGDi yang dipadankan dengan motor elektrik untuk menghasilkan kuasa gabungan 279 PS dan tork 365 Nm, disalurkan menerusi transmisi Dedicated Hybrid Transmission (DHT).

Pek bateri 18.3 kWj pula membolehkan pemanduan menggunakan kuasa elektrik sehingga 90 km, manakala pengecasan pantas DC hanya mengambil masa 19 minit untuk mengecas daripada 30% ke 80%.

Lebih menarik, SUV PHEV ini kini ditawarkan pada harga bermula RM109,800.

TIGGO 8 PHEV CSH, Ruang Lebih Besar Dengan Teknologi Yang Sama

Bagi mereka yang memerlukan SUV tujuh tempat duduk, TIGGO 8 PHEV CSH menawarkan teknologi Chery Super Hybrid (CSH) yang sama dalam sebuah SUV lebih besar dan sesuai untuk kegunaan seisi keluarga.

Model ini turut menggunakan gabungan enjin 1.5L TGDi, motor elektrik dan transmisi DHT yang menghasilkan 279 PS serta 365 Nm, selain dilengkapi bateri 18.3 kWj yang membolehkan pemanduan elektrik sehingga 90 km.

Pengecasan pantas DC dari 30% ke 80% juga hanya mengambil masa sekitar 19 minit, manakala aspek keselamatan diperkukuhkan menerusi lapan beg udara dan 21 ciri ADAS.

Apa yang mungkin mengejutkan ialah SUV PHEV tujuh tempat duduk ini ditawarkan pada harga bermula RM138,800.

Model Petrol dan Hibrid yang Menarik

Selain model PHEV, Chery turut menawarkan pilihan model petrol yang memenuhi keperluan pengguna berbeza.

TIGGO Cross hadir dengan pilihan enjin 1.5L Turbo atau varian Hybrid CSH, sesuai untuk pemanduan harian di bandar dan ditawarkan pada harga bermula RM80,800.

Bagi mereka yang mahukan gaya lebih sporti, O5 menggunakan enjin 1.5L turbo yang menghasilkan 156 PS dan 230 Nm, digandingkan dengan transmisi 6-kelajuan DCT, pada harga bermula RM99,800.

Sementara itu, TIGGO 7 Pro pula dijana enjin 1.6L TGDI Turbo bersama transmisi 7-kelajuan DCT, menawarkan prestasi yang lebih bertenaga dalam sebuah SUV keluarga yang praktikal. Model ini turut ditawarkan pada harga bermula RM99,800.

Masa Yang Sesuai Untuk Memilih SUV Baharu

Sama ada anda sedang mencari SUV pertama, menaik taraf kepada model yang lebih besar atau ingin merasai sendiri kelebihan teknologi PHEV, Chery kini menawarkan pilihan yang memenuhi pelbagai keperluan dan kewangan.

Daripada TIGGO Cross bermula RM80,800, O5 dan TIGGO 7 Pro bermula RM99,800, hinggalah TIGGO 7 PHEV CSH bermula RM109,800 dan TIGGO 8 PHEV CSH bermula RM138,800, kini lebih ramai rakyat Malaysia berpeluang memiliki SUV moden dengan teknologi terkini pada harga yang lebih berbaloi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here