Kia Seltos kini dibuka untuk tempahan, pesaing terbaharu Honda HR-V dan Proton X50!

2114

Pasaran SUV kompak segmen-B nampaknya semakin hangat. Proton X50 dan Hyundai Kona bakal dilancarkan tidak lama lagi, kini Kia Seltos pula datang sebagai pencabar terbaharu.

Naza Kia mula membuka tempahan untuk Kia Seltos dan tempahan boleh dibuat di bilik pameran terpilih. Untuk melihat senarai bilik pameran, lawati pautan ini: https://bit.ly/3igB8RJ.



Kia Seltos akan ditawarkan dalam dua varian, iaitu EX dan GT Line. Kedua-dua varian akan mendapat warna Glacier White Pearl dan Gravity Red sebagai standard.

Walaubagaimanapun, warna Intense Red hanya khas untuk EX, manakala Intelligency Blue unik untuk GT Line.

Kedua-dua varian akan hadir dengan enjin 1.6-liter Gamma empat-silinder petrol yang mampu menjana 123hp dan 151Nm tork. Transmisi ialah automatik 6-kelajuan.

Ciri lain adalah rim 17-inci dengan tayar 215/60, tetapi rekaan rim adalah berbeza untuk EX dan GT Line.

Di bahagian dalaman pula, Seltos akan dilengkapi sistem infotainmen 8-inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto, corong penghawa dingin belakang, dan enam beg udara.  

Ciri terperinci lain masih belum diketahui buat masa ini, kami akan maklumkan sekiranya ada maklumat baharu atau semasa pelancarannya nanti.

Setakat ini, apa pendapat anda mengenai SUV ini? Satu alternatif menarik untuk yang mahukan kelainan?

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here