Hyundai Kona bakal tiba suku keempat 2020, harga jangkaan RM115k, tempahan dibuka

1104

Hyundai Sime-Darby Motors (HSDM) mengumumkan bahawa SUV kompak mereka, Hyundai Kona akan dilancarkan di Malaysia pada suku akhir tahun ini.

Tempahan juga kini sudah dibuka dan HSDM mengumumkan harga jangkaan Kona bermula sekitar RM115,000.



Hyundai Kona akan hadir dalam versi CBU (diimport sepenuhnya) dari kilang Hyundai Motor Company (HMC) di Ulsan, Korea Selatan.

Jadi dengan hadirnya Kona nanti, Hyundai akan mempunyai tiga model dalam rangkaian SUV mereka, termasuk Tucson dan Santa Fe. Kona dibina menggunakan platform kompak terbaharu untuk SUV segmen-B.

Nama Kona diambil dari sebuah pulau di Hawaii, dan SUV ini membawakan gaya “urban smart armor” dengan rekaan agresif, rendah dan lebar.

Ciri standard pada Koan termasuklah lampu LED serta DRL LED yang terletak di atas lampu utama, sama seperti Santa Fe terkini. Terdapat juga paparan head-up display untuk pemandu.

HSDM tidak mendedahkan jenis padanan enjin dan transmisi yang akan ditawarkan, tapi hasil carian kami menunjukkan ia akan ditawarkan dengan pilihan enjin 2.0-liter Nu MPI Atkinson naturally-aspirated dan enjin 1.6-liter T-GDI turbo petrol.

Enjin 2.0-liter mempunyai output 149hp dan 179Nm tork, dan akan dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan. Sementara itu enjin 1.6-liter lebih berkuasa dengan 177hp dan 265Nm tork, serta mendapat transmisi automatik dwi-klac 7-kelajuan.

Jika anda berminat dengan Hyundai Kona, bolehlah membuat tempahan dengan menghubungi 1-300-13-2000 atau layari www.hyundai.com.my.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here