Replika R1 Petronas Yamaha SRT YZR-M1 sempena ulang tahun Petronas, hanya 46 unit!

3052

Yamaha Motor Europe dan Yamaha Austria Racing Team telah bekerjasama mengeluarkan replika R1 berilhamkan Petronas Yamaha SRT YZR-M1. Hanya 46 unit akan dikeluarkan, dan kerjasama ini adalah sempena ulang tahun ke-46 Petronas.

Sekilas pandang, Yamaha R1 edisi terhad ini memang nampak sebiji jentera M1 MotoGP dengan livery badan pasukan Petronas Yamaha SRT.



Selain itu, ia turut mendapat komponen perlumbaan seperti fork depan Ohlins FRGT, monoshock belakang Ohlins TTX, racing handle damper, sistem ekzos, pemijak kaki, brek boleh-laras, dan tayar slick.

Ia turut didatangkan dengan tuil brek Brembo, brek cakera Brembo GP4-RX, dan ECU Yamaha Racing.

Mereka yang berminat boleh membuat tempahan di laman web rasmi Yamaha Austria Racing Team. Dan dengan spesifikasi yang disenaraikan, jentera ini pasti tidak murah.

Setiap pemilik juga akan mendapat topi keledar KYT, baju Petronas Yamaha SRT, dan pas VIP ke mana-mana pusingan MotoGP pilihan mereka.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here