Valentino Rossi sertai Petronas Yamaha SRT?

1888

Petronas Yamaha Sepang Racing Team (Petronas Yamaha SRT) membuka ruang kepada mana-mana pelumba yang dilihat berpotensi menggantikan slot Fabio Quartararo yang bakal menyertai pasukan pengeluar utama Yamaha pada musim 2021.

Pasukana itu turut ‘membuka pintu’ buat legenda sukan permotoran dua roda, Valentino Rossi.

Petronas Yamaha SRT



Buat masa ini Petronas Yamaha SRT yang juga pasukan satelit Yamaha, masih belum mempunyai perancangan lanjut mengenai senarai pelumbanya untuk musim 2021.

Meskipun pasukan utama pengeluar itu, Yamaha Factory Racing MotoGP Team sudah pun mengikat Quartararo dan melanjutkan kontrak Maverick Vinales sehingga 2022, baru-baru ini.

“Setakat ini, kami masih tidak mempunyai apa-apa perancangan. Kami masih melihat sesiapa yang layak memasuki pasukan kami. Sudah tentu, keutamaan kepada Malaysia yang berpotensi dan mempunyai prestasi yang baik di Moto2 untuk layak menyertai pasukan ini,” kata Prinsipal Pasukan, Datuk Razlan Razali.

Beliau mengulas mengenai sama ada Rossi berada dalam senarai pelumba pasukan sekiranya legenda itu tidak mengumumkan persaraan.

Buat masa ini hanya Franco Morbidelli yang masih belum diketahui arah tujunya untuk musim 2021 namun Razlan percaya akan ada satu perbincangan dilakukan pelumba dari Itali itu pada ujian rasmi pra musim MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang, minggu depan.

“Kami mengharapkan Morbidelli dapat buat yang terbaik untuk tahun ini. Setakat ini, tidak ada perancangan untuknya lagi bagi tahun 2021 dan saya yakin dia akan berbincang pada ujian pra musim, minggu depan,” kata Razlan mengenai anak didik Rossi itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here