Nombor 46 pencen dari MotoGP, khas buat kekanda Rossi

1246

Dorna mengumumkan nombor 46 akan dikeluarkan dalam kelas perdana MotoGP. Nombor tersebut cukup sinonim dengan juara dunia sembilan kali legenda MotoGP, Valentino Rossi. 

Majlis persaraan nombor 46 itu akan diadakan pada 28 Mei ini, sebelum sesi kelayakan GP Itali. Rossi akan hadir pada acara berkenaan setelah mencipta kejayaan selama 26 musim dan salah satu legenda yang paling dikenali dalam sukan pemotoran dunia.



Ini bermakna, Rossi menyertai pelumba lain misalnya Kevin Schwantz (34), Loris Capirossi (65) dan Nicky Hayden (69) mengeluarkan nombor mereka daripada kelas perdana. Tetapi ia bercanggah dengan keinginan Rossi sejak beberapa tahun lalu.

“Mengenai nombor saya, saya terfikir…tanggapan pertama saya ialah saya tidak suka nombor 46 itu dibatalkan,” kata Rossi pada 2016.

“Saya lebih suka ia kekal dan jika ada pelumba lain mahu mengambil nombor itu, mereka boleh,” jelasnya.

Terdahulu, Dorna memberikan anugerah kepada pelumba Itali itu selepas menamatkan perlumbaan terakhirnya di Ricardo Tormo MotoGP, Valencia musim lalu dengan menamakannya sebagai Legenda MotoGP ke-32.

Rossi bersara pada akhir musim 2021 dengan rekod sembilan kali juara, 115 kemenangan dan 235 podium dalam semua kelas. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here