Edisi pertama #WeRideAsOne, dimeriahkan 13,000 pemilik Ducati seluruh dunia

513

Edisi pertama #WeRideAsOne, acara eksklusif anjuran pengeluar motosikal yang berpangkalan di Bologna, Itali berakhir dengan jayanya. 

Acara itu diadakan pada Sabtu lalu, dengan komuniti Ducati di setiap bandar di seluruh negara berkumpul bersama-sama.



Acara itu dianjurkan hasil gabungan 224 pengedar dan 120 kelab Ducati di seluruh dunia. Lebih 13,000 pemilik Ducati mewarnai jalan di bandar masing-masing yang disertai lebih 40 negara.

Kemuncak acara itu ialah perarakan yang disertai pemilik Ducati yang melalui jalan bandar-bandar seperti:

  • Florence
  • Paris
  • Miami
  • New Delhi
  • Rom
  • Rio de Janeiro
  • Sydney
  • Valencia
  • New York
  • Kuala Lumpur
  • Dubai
  • Singapura
  • Seoul
  • Hangzhou
  • Bangkok
  • Ingolstadt

Penghargaan global terhadap edisi pertama ini mendorong Ducati untuk menambah #WeRideAsOne pada kalendarnya sebagai acara tahunan tetap yang diadakan pada  setiap Sabtu pertama Mei.

#WeRideAsOne juga adalah sesi ‘pemanas’ untuk Acara lebih besar iaitu Minggu Ducati Sedunia yang dijangka diadakan bermula 22 hingga 24 Julai di Litar Dunia Misano ‘Marco Simoncelli’.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here