38 pelumba berentap di GAZOO Racing Vios Sprint Cup pertama hujung minggu ini, hadiah keseluruhan RM60K

116

Seramai 38 pemandu akan memulakan perlumbaan pertama GAZOO Racing Vios Sprint Cup dalam Siri Kejohanan Malaysia (MCS) yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini (21-22 Mei 2022) di Litar Antarabangsa Sepang.

Acara itu akan menyaksikan dua perlumbaan 1 jam pada Sabtu dan Ahad, dengan dua pemandu dalam pasukan bersaing dengan memandu Toyota Vios generasi ketiga untuk merebut jumlah hadiah berjumlah RM60,000.

Perlumbaan itu diadakah sebagai acara tambahan daripada Vios Challenge dengan akan menampilkan dua pusingan dalam Siri Kejuaraan Malaysia (MCS) dengan setiap pusingan menawarkan dua perlumbaan.

Jom Baca:   Toyota Supra Paul Walker dari filem Fast And Furious dijual pada harga RM2.2 juta

Ia mengekalkan format seperti dalam Vios Challenge, bermakna semua pemandu akan memandu Toyota Vios di litar dengan menggunakan jentera sama spesifikasi enjin dan transmisi, selain penggantungan, tayar dan bahan api stok standard.

Ini bertujuan bagi perlumbaan yang sama rata dengan perbezaan kepada kemahiran memandu dan pengalaman.

Perlumbaan dibarisi pelumba tempatan tersohor seperti:

Tengku Djan Ley

  • Mark Darwin
  • Mohd Fariqe Hairuman Eddie Lew
  • Boy Wong
  • William Ho
  • Naquib Azlan
  • Hayden Haikal
  • Mika Hakimi,
  • Nabil Azlan
  • Bradley Benedict Anthony
  • Timothy Yeo
  • Alister Yoong
Jom Baca:   5 sebab kenapa kami suka Nissan Almera Turbo

Bagi memberi perlumbaan lebih kompetitif dan lebih adil, setiap pasukan dilarang disertai dua pelumba berpengalaman dan profesional. 

Anda juga dijemput untuk menyaksikan perlumbaan itu di Litar Antarabangsa Sepang, selain boleh menyaksikan secara langsung di www.toyota.com.my dan halaman Facebook UMW Toyota. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here