Sewakan Tesla Model 3, sekali pelanggan leraikan komponen

29544

Mark Valdez mengiklankan Tesla Model 3 miliknya menerusi platform kereta sewa di aplikasi Turo.

Namun, dia tidak menjangka kejadian buruk bakal berlaku apabila menerima mesej dari keretanya yang mendorong Valdez mengunjungi lokasi tersebut. Terima kasih kepada Aplikasi Tesla.

@frankvidz

Good thing it has GPS and live camera footage… #Turo #tesla #carparts

♬ original sound – Frank Valdez



Dia beruntung kerana Tesla memiliki GPS dan rakaman kereta secara langsung. Berdasarkan perkongsian Valdez dia berasa pelik apabila penyewa berkenaan terus menuju ke sebuah bengkel selepas mengambil kereta tersebut.

Lebih mengusarkan selepas sehari kereta tersebut masih berada di bengkel. Berdasarkan video yang mendapat tontonan 6.2 juta di TikTok itu menunjukkan Valdez begitu tenang mendekati pelanggan berkenaan.

Dia mendapati bahagian bampar depan ditanggalkan dan diganti dengan komponen selepas pasaran. Rupa-rupanya, lelaki tersebut menggunakan kereta itu untuk menguji aksesori selepas pasaran yang bakal dijual. 

@frankvidz

Here is part 2 of my Turo rental incident #turo #tesla #cars

♬ original sound – Frank Valdez

Valdez cuba menghubungi polis apabila mendapati komponen keretanya terlerai, tetapi polis California enggan membantu. Mereka meminta bukti bahawa ada komponen yang dicuri sebelum campur tangan.

Bagaimanapun, Valdez mendapatkan semula keretanya selepas pelanggan tersebut memasang semula bampar asli.  

Tetapi kejadian lebih buruk terjadi selepas itu apabila Valdez mendakwa sistem Autopilot tidak berfungsi dengan baik sehingga menyebabkannya terlibat dalam kemalangan kecil.

@frankvidz

Let me know who wants a story time about everything leading up to me catching the guy messing with my car #tesla #car #carfails

♬ original sound – Frank Valdez

Selain itu, sensor pintu juga tidak berfungsi dengan baik apabila sistem memberi amaran walaupun pintu dan but dalam keadaan tertutup. Kamera undurnya juga tidak memaparkan visual ketika menggunakan gear R.

Kebanyakan sensor keselamatan Tesla diletakkan di dalam atau bawah bampar depan. Kebarangkalian pemasangan yang tidak betul menyebabkan sistem tidak berfungsi dengan baik.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mana kebanyakan mereka meminta Valdez menyaman pelanggan berkenaan dan meminta Turo bertanggungjawab. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here