
Ini merupakan BMW M4 yang paling mahal anda boleh beli pada ketika ini.
Kenapa? Lihat nombor yang tertera pada bahagian sisi kereta ini.
Ya, ini ialah sebuah BMW M4 CS Edition VR46 yang dihasilkan bersempena dengan sambutan ulang tahun Valentino Rossi ‘The Doctor’ yang ke-46.
Memang tepat pada masanya.
BMW M4 CS Edition VR46 ini boleh didapati dalam pilihan warna istimewa Marina Bay Blue Metallic atau Frozen Tanzanite Blue Metallic, selain motif “46” dan aksen Sao Paulo Yellow yang merujuk kepada warna kuning fluorescent yang digunakan oleh Rossi.
Untuk makluman, selain tema VR46 yang boleh didapati pada bahagian luar dan dalam, logo 46 dicat menggunakan tenaga tangan.
Pada bahagian bumbung pula anda boleh melihat tandatangan Rossi.
BMW M4 CS dikuasakan oleh enjin enam silinder sebaris 3.0 liter turbo berkembar, menghasilkan 543 hp yang dipadankan dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan.
Pecutan 0-96 km/j adalah sepantas 3.2 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 303 km/j.
Hanya 92 unit sahaja M4 CS Edition VR46 yang akan dihasilkan, di mana kuota tersebut dibahagian kepada dua – 46 unit untuk setiap warna.
Harga jualan pula bermula dari $155,000 (RM686,805).
Berita baik, setiap pembeli M4 CS Edition VR46 akan mendapat peluang untuk bertemu dengan Valentino Rossi di Itali pada VR46 Motor Ranch di Tavullia dan menikmati sesi barbeku di sana.
Keesokan harinya, mereka akan dijemput ke Misano World Circuit Marco Simoncelli untuk menguji model-model M terbaharu.