Terlepas podium, Rossi dan pasukan WRT dapat tempat ke-4 pada WEC Qatar

99

Valentino Rossi dan pasukan WRT mempamerkan prestasi memuaskan pada Kejohanan Enduran Dunia (WEC) 1,812km Qatar di Litar Antarabangsa Lusail, hujung minggu lalu. 

Walaupun terlepas podium, juara sembilan kali MotoGP itu bersama pasukannya menamatkan perlumbaan di tangga keempat bagi kelas LMGT3. 



Memandu BMW M4 GT3, Rossi dan rakan sepasukan Ahmad Al Harthy dan Maxime Martin menduduki tempat keempat, ketinggalan satu pusingan dengan juara, Porsche 911 GT3 R dan hanya 12.647 saat di belakang Aston Martin Vantage AMR di tempat ketiga selepas hampir 10 jam perlumbaan.

Kekanda Rossi menyatakan ia merupakan permulaan musim yang baik kerana menamatkan perlumbaan di podium empat.

“Tetapi memalukan kerana begitu hampir dengan podium. Perlumbaan yang sempurna untuk kami tanpa kesilapan, tiada had trek.

“Mereka melakukan kerja yang menakjubkan di pit juga dan kami hanya terlepas sedikit kelajuan untuk naik ke podium,” katanya. 

Beliau yang memulakan perjalanan kerjaya baharu dalam perlumbaan empat roda sedang bersiap sedia untuk perlumbaan klasik 24 Jam Le Mans.

Perlumbaan di Qatar bukan sahaja menguji ketahanan tetapi juga pertarungan strategi dan kepantasan yang sengit. Peralihan Rossi kepada perlumbaan kereta menjadi topik yang menarik minat dan spekulasi.

Kemunculan sulungnya dalam WEC dinanti-nantikan yang mana peminat dan pengkritik ingin tahu bagaimana kemahirannya akan diterjemahkan kepada jenis perlumbaan yang berbeza.

Maraton Qatar menjadi pencapaian penting, menandakan penyertaan pertama Rossi dalam dunia perlumbaan ketahanan. Walaupun mendapat tempat keempat, aksi itu membuktikan potensi Rossi dalam kelas LMGT3 dan masa depan Pasukan WRT yang menjanjikan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here