GWM Malaysia bakal lancar Tank 300 dan Haval H6 tahun ini…

118

Great Wall Motor Malaysia (GWM) mengesahkan akan membawa masuk dua model iaitu GWM Haval H6 and GWM Tank 300 selepas pelancaran Ora 07.

Namun, masa yang tepat bagi ketibaan kedua-dua model tersebut masih dirahsiakan pengedar rasmi jenama China itu.

Dua tahun lalu, kelibat Haval H6 dikesan di parkir Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menjalani pengesahan jenis kenderaan (VTA).



Versi tersebut didatangkan dengan lencana HEV yang mana kemungkinan Malaysia akan membawa masuk trenkuasa hibrid.

Trenkuasa H6 hibrid didatangkan dengan enjin 1.5 liter turbo 4-silinder yang menghasilkan kuasa 167PS dan tork 285Nm. Manakala motor elektrik menjana kuasa 177PS yang menjadikan output keseluruhan 243PS dan tork 530Nm.

Ia kemudian dipadankan dengan transmisi dual klac 7-kelajuan. Kehadiran H6 itu bakal bersaing dengan SUV segmen-C iaitu Honda CR-V, Mazda CX-5 dan Proton X70.

Sementara, SUV Tank 300 tampil rugged yang bakal memenuhi keinginan anak muda. Pasaran China didatangkan dengan pilihan janakuasa enjin 2.0 liter turbo atau dipadankan dengan mild hibrid 48 volt (2.0T).

Trenkuasa 2.0T 4-silinder itu menghasilkan kuasa 227PS dan tork 387Nm bersama transmisi 8-kelajuan automatik.

Sementara bulan lalu, pasaran China memperkenalkan versi Tank 300 Hi4-T. Namun, dimensi kekal sama yang mana panjangnya 4,760mm, 1,930 (lebar) dan tinggi 1,903mm serta jarak roda 2,750mm.

Versi Hi4-T lebih berat iaitu 2,645kg berbanding varian asas 2.0T hanya 2,165 kg dan mild hibrid (2,200kg).

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here