Changan Hunter lancar trak pikap EREV pertama dunia, harga mula RM91k

87

Changan rasmi memperkenalkan trak pikap yang pertama kali dipertontonkan pada Pameran Auto Guangzhou (2023).

Pengeluar kenderaan China tersebut menyatakan Hunter merupakan trak pikap jarak lanjutan EV (EREV) pertama dunia.

Changan Hunter didatangkan dengan 8-pilihan varian menerusi julat harga bermula CNY139,900 (RM91,891) hingga CNY216,900 (RM142,468) :



  • Warrior Edition Deluxe single-motor standard box
  • Warrior Edition Deluxe dual-motor (4WD) standard box
  • Knight Edition Pilot Type single-motor standard box
  • Knight Edition Pilot Type dual-motor (4WD) standard box
  • Knight Edition Flagship dual-motor (4WD) standard box
  • Armor Edition single-motor standard box
  • Armor Edition dual-motor (4WD) standard box
  • Armor Edition Global Type dual-motor (4WD) standard box

Versi motor tunggal menggunakan 130kW pada gandar belakang dan pacuan empat roda (4WD) menambah 70kW motor elektrik pada bahagian depan.

Ia kemudian dipadankan dengan pek bateri fosfat iron litium 31.18 kWh. Angka tersebut menawarkan pemanduan elektrik penuh sejauh 180km dan julat gabungan 1,031km. Jarak yang sama direkodkan buat pacuan belakang (RWD) dan pacuan semua roda (AWD).

Sebagai EREV, Hunter menggunakan enjin JL486ZQ6 2.0 turbo yang memberikan kuasa maksimum 140kW. Bagaimanapun sebagai siri hibrid, enjin hanya berfungsi sebagai penjana elektrik.

Reka bentuk trak pikap Changan tersebut tidak jauh berbeza dengan versi dua kabin sedia ada di pasaran.

Bahagian bawah didatangkan dengan lapisan tebal bagi melindunginya daripada calar. Pelantar belakang didatangkan dengan penutup yang menggunakan bahan tahan calar dan kakisan.

Terdapat juga unit pengecas 3.3kW standard pada pelantar belakang namun kapasiti muatan trak sangat kecil iaitu 495 kg.

Changan Hunter didatangkan dengan pilihan versi panjang standard dan tambahan. Versi standard didatangkan dengan dimensi 5,380 (P) × 1,930 (L) × 1,885 mm (T) serta jarak roda 3,180 mm.

Versi lebih panjang pula adalah 5,630×1,930×1,885 mm dan jarak roda menjadi 3,430 mm.

Ini bermakna versi standard memiliki saiz pelantar 1,600×1,595×500 mm, manakala versi yang lebih panjang adalah 1,850×1,595×500mm. 

Manakala bahagian kabin tampil moden menerusi dua skrin campuran dengan kluster instrumen 7.5 inci dan unit infotainmen 12 inci.

Ciri-ciri lain yang ditawarkan termasuklah kawalan kruise, navigasi peta AutoNavi, pengelap cermin automatik, kawalan suara, naik taraf OTA, instrumen LCD, pengecasan telefon 40W tanpa wayar dan lain-lain. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here