Dua anakanda Agong pikul cabaran Malaysia di perlumbaan 24 jam Spa-Francorchamps

8

Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim bakal beraksi membawa nama negara pada perlumbaan 24 Jam Spa-Francorchamps di Belgium pada 28 dan 29 Jun ini.

Johor Motorsports Racing (JMR) sebagai pasukan tunggal dari Malaysia akan menggunakan jentera Chevrolet Corvette Z06 GT3.R bersaing dengan 75 jentera lain dari seluruh dunia. 
 
 
“Sebagai sebuah pasukan, perjalanan kita masih jauh dan kita mahu jadi antara yang terbaik. Kita bersyukur dengan perkembangan positif setakat ini, namun ini hanya permulaan.
 
“Ada banyak lagi pasukan dan kereta yang hebat. Apa-apa boleh terjadi dalam perlumbaan endurance, jadi keutamaan kami adalah untuk berlumba sehingga ke penamat, sebelum kita mensasarkan kemenangan,” kata Tunku Abdul Rahman.
 
Sementara itu, Tunku Abu Bakar berkata penyertaan kali ini membuka peluang pasukan untuk terus menggilap bakat permotoran tempatan Malaysia.
 
“Ini merupakan tahun pertama kita bergerak sebagai sebuah pasukan sendiri. Ada beberapa ahli pasukan kami dari Malaysia dan tumpuan kita adalah untuk menggalakkan bakat dari Malaysia untuk bersama kita di peringkat antarabangsa.
 
“Kita bukan sahaja mensasarkan kejayaan, sebahagian daripada hasrat kita adalah untuk membawa rakyat Malaysia bersama kita untuk mencapai matlamat kejayaan itu,” kata baginda menerusi hantara Facebook The Royal Johor.
 
Kedua-dua anakanda kepada KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim itu akan bergandingan dan memandu secara bergilir bersama Alexander Sims dan Jordan Love.
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here