Warga emas nekad pandu bot fiber yang baru dibeli dari Dungun ke Kelantan

11

Seorang pengguna Facebook berkongsi tindakan seorang warga emas yang berkeras membawa bot fiber yang baru dibelinya di Dungun, Terengganu menggunakan laluan laut untuk pulang ke Kelantan. 

Menurut hantaran akaun Facebook Khairol Fiberglass Bot, hampir dua jam dia memujuk lelaki yang berasal dari Melor itu untuk membawa bot 12 kaki dengan enjin berkuasa 4hp itu menggunakan kenderaan secara percuma namun ditolak.

“Ada yang tanya kenapa Khairol Fiber tak hantar terus pakcik ni, sek awok tahu dok , hampir 2 jam maroh, mujuk. Tetap berkeras nk balik ikot laut. Itupun KFG sediakan pendayung dan life jacket pada pokcik tu,” tulisnya. 

Warga emas yang berusia 61 tahun itu turut mengangkut bersama motosikal yang ditunggangnya untuk pulang. 

Bimbang dengan keadaan warga emas itu, penjual tersebut meminta warga maya berkongsi status terkini pakcik tersebut. 

Menurut seorang pengguna media sosial @Ijakpetok, warga emas itu dilihat di Bachok pada jam 7.02 petang, pada Khamis.

“Masih ada lagi di Bachok, saya berbual dengan dia katanya pagi esok baru bertolak pulang pula,” tulisnya. 

Khairol Fiberglass Bot berasa sedikit lega dan mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menghantar mesej terkini berkaitan warga emas berkenaan.

“Terima kasih semua orang baik-baik. Ramai PM admin kabo pokcik ni banyak kali jugak langgar pukat orang, ada yang dia nak hulur duit, tapi org tak ambik, ada juga yang tolong beli minyak , tolong belanja makan. Terima kasih semua,” tulisnya. 
 
Selain itu, Khairol Fiberglass Bot turut berkongsi tangkap layar mesej dengan anak saudara warga emas itu yang menyatakan bapa saudaranya suka mencuba perkara baharu dan akan pulang. 
 
 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here