
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Terengganu bakal menganjurkan jualan lelong pelupusan aset alih kerajaan melibatkan sebuah unit seaboat beserta komponennya.
Lelongan terbuka tersebut dijadualkan berlangsung pada 28 Januari ini (Rabu), jam 9.30 pagi bertempat di Ibu Pejabat APMM Negeri Terengganu.
Bagi memastikan pembida berpuas hati dengan keadaan aset tersebut, sesi lawatan tapak akan dibuka selama dua hari pada:
- Tarikh: 25 Januari (Ahad) & 26 Januari 2026 (Isnin)
- Masa: 10.00 pagi hingga 4.00 petang
- Lokasi: Ibu Pejabat APMM Negeri Terengganu
Langkah ini penting bagi membolehkan bakal pembida menilai sendiri kualiti dan keadaan seaboat tersebut sebelum sesi lelongan rasmi bermula.
Syarat Wajib Pembida

Penyertaan adalah tertakluk kepada Kenyataan Jualan Lelong Aset Alih (KEW.PA-30). Para pembida diingatkan untuk membawa dokumen lengkap pada hari lelongan bagi mengelakkan penyertaan terbatal:
-
Dokumen Pengenalan: Salinan Kad Pengenalan (individu) atau dokumen SSM (syarikat).
-
Kewangan: Salinan penyata akaun bank yang aktif.
-
Deposit: Draf bank sebanyak 5 peratus daripada harga simpanan atau maksimum RM1,000, atas nama Ketua Pengarah APMM.
Maklumat Lanjut
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai prosedur lelongan atau spesifikasi aset boleh menghubungi pegawai bertugas:
- Laskar Kanan (M) Mohd Rizuwan Hafizi: 019-983 1989
- Laskar Kanan (M) Mohd Hamdan: 013-973 3532





























