Utama Berita Automotif Cubaan ‘ghaib’ masuk jalan kampung gagal

Cubaan ‘ghaib’ masuk jalan kampung gagal

9
Sebuah lori membawa muatan besi panjang menjulur cuba mengelak pemeriksaan dengan masuk ke jalan kampung, namun berjaya ditahan Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Ketil, Kedah. 
 
Kejadian berlaku kira-kira jam 4.14 petang di Jalan Kuala Lesong–Felda Teloi ketika rondaan dijalankan, pada Khamis.
 
Hasil pemeriksaan mendapati lori berkenaan membawa muatan tidak mengikut spesifikasi keselamatan dan berisiko membahayakan pengguna jalan raya.
 
“JPJ menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap pemandu dan pemilik kenderaan perdagangan yang ingkar, serta mengingatkan semua pihak supaya mengutamakan keselamatan di jalan raya.
 
“orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin melaporkan kesalahan lalu lintas boleh menyalurkan aduan ke emel aduantrafik@jpj.gov.my atau melalui aplikasi e-aduan dengan menyertakan butiran lengkap pengadu dan aduan untuk tindakan pantas,” menurut kenyataan. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here