
Jenama kenderaan elektrik (EV) pintar dan mewah di bawah BYD – DENZA Malaysia – bakal menyambut ulang tahun pertamanya di pasaran tempatan pada Februari ini dengan pengumuman penting yang memberi kelegaan kepada pengguna.
Harga unit DENZA D9 akan dikekalkan walaupun pengecualian cukai EV kerajaan ditarik balik pada 2026.
MPV elektrik mewah paling laris di Malaysia itu akan terus ditawarkan pada harga RM259,000 bagi varian pacuan roda hadapan (FWD) dan RM309,000 bagi varian pacuan semua roda (AWD).

Lebih 1,200 unit DENZA D9 telah terjual dalam tempoh kurang setahun sejak pelancarannya pada Februari 2025, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai ‘MPV mewah No.1’ di pasaran tempatan.
DENZA dalam masa yang sama menegaskan komitmennya untuk tidak memindahkan kesan perubahan dasar kerajaan kepada pelanggan, sebaliknya terus menyokong peralihan Malaysia ke arah mobiliti elektrik sambil mengekalkan keyakinan pemilikan jangka panjang.
Bersempena ulang tahun pertama, DENZA Malaysia turut memperkenalkan ganjaran pemilikan eksklusif bernilai sehingga RM10,000 bagi varian FWD dan RM15,000 bagi varian AWD.
Antara keistimewaan yang ditawarkan termasuk:
Pengecas wallbox 22kW percuma bersama pemasangan profesional (bernilai sehingga RM6,000),
Pakej servis percuma selama 6 tahun atau 120,000km (bernilai sehingga RM5,000),
Jaminan kenderaan selama 6 tahun.
Semua tawaran ini adalah untuk tempoh terhad dan tertakluk kepada terma serta syarat.
Selain itu, pemilik DENZA berpeluang menikmati pelbagai pengalaman gaya hidup eksklusif, termasuk acara jemputan seperti DENZA Golf Cup, pengalaman kulinari premium serta pakej perjalanan khas yang akan diperkenalkan secara berperingkat.

Pengarah Urusan DENZA Malaysia, Eagle Zhao berkata, fokus syarikat itu bukan hanya menjual kenderaan, tetapi membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan.
“Ketika Malaysia melangkah ke fasa seterusnya dalam penggunaan kenderaan elektrik, kami mahu memastikan pelanggan terus berasa yakin dan dihargai sepanjang pengalaman pemilikan mereka.
“Tahun pertama ini membina asas kepercayaan, dan tahun-tahun mendatang akan memberi penekanan kepada pengalaman pemilikan lebih bermakna serta mencerminkan gaya hidup premium DENZA,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, BYD dan DENZA Malaysia bersama Sime Motors – pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia – akan meneruskan inisiatif berteraskan teknologi menerusi BYD Tech Discovery Day pusingan kedua.

Acara empat hari itu berlangsung dari sekarang hingga 25 Januari 2026 di Padang (A) Akasia, Angsara Johor Bahru Mall, khusus untuk memberi peluang kepada penduduk di wilayah Selatan merasai sendiri teknologi mobiliti elektrik pintar dan lestari.
Pengunjung boleh mencuba zon pandu uji interaktif yang menampilkan barisan model terkini BYD dan DENZA berasaskan teknologi e-Platform 3.0.
Antara tarikan utama termasuk:
Demonstrasi parkir undur dan bonggol laju,
Putaran 360 darjah serta demonstrasi ‘crab walk’ oleh DENZA Z9 GT,
Cabaran Camel Bridge dan Cross Axle oleh BYD Shark 6 yang disokong teknologi DMO.
Acara ini turut menampilkan Sudut Dialog EV, yang memberi pendedahan mendalam mengenai teknologi Bateri Blade BYD, sistem pengecasan pintar serta ciri keselamatan canggih dengan bimbingan pakar produk dan teknikal.
Sebagai pelengkap, zon gaya hidup disediakan dengan kopi percuma, kawasan permainan kanak-kanak serta penebusan barangan eksklusif BYD.
Acara ini dibuka setiap hari dari 10.00 pagi hingga 8.00 malam.
Maklumat lanjut boleh diperoleh di Bilik Pameran Sah Premium DENZA terdekat.





























