Pembeli C8 termahal dua tahun lalu beli Corvette Z06 (2023) RM15 juta

2115

Chevrolet Corvette Z06 (2023) edisi ulang tahun ke-70 yang dijual dalam acara  lelongan kebajikan dipinang oleh lelaki yang sama membeli Corvette (2020) pertama pada harga bidaan tertinggi. 

Rick Hendrick membeli kereta sport tersebut pada harga AS3.6 juta (RM15 juta). Ironinya dia juga pembeli pertama C8 Corvette pada tahun 2020 yang dibeli pada harga AS3 juta (RM12 juta).



Siapakah Hendrick yang sanggup berhabis wang tinggi untuk membeli model Chevy tersebut?. Rick Hendrick, 74 merupakan seorang ahli perniagaan yang memiliki lebih daripada 100 buah pusat jualan kereta di Amerika Syarikat termasuklah jenama Chevrolet.

Beliau juga memiliki pasukan sukan pemotoran, Hendrick Motorsports yang terlibat dalam perlumbaan NASCAR Cup Series. Bahkan, jutawan itu juga merupakan wakil jualan termuda Chevrolet di Amerika Syarikat pada 1976 yang ketika itu berusia 23 tahun.

Corvette Z06 (2023) menggunakan enjin 5.5 liter LT6 V8 aspirasi semulajadi serba baharu dengan kuasa 670hp. Chevrolet mendakwa pecutan dari 0-100kmj mampu dilakukan dalam tempoh 2.6 saat.

Selain itu, turut hadir pada acara Lelongan Tahunan Barret-Jackson di WestWorld of Scottsdale, Amerika Syarikat tersebut adalah Rapper dan penyanyi Pitbull, dengan tujuan untuk melelong Karma GS-6 2022 miliknya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here