Tiru Abang Long ya! Penampilan Joan Mir mirip Valentino Rossi

714

Nama ‘Abang Long’ Valentino Rossi kembali disebut semula selepas pasukan Repsol Honda melancarkan liveri Honda RC213V untuk MotoGP 2023.

Ini kerana kemunculan satu daripada pelumba pasukan Repsol Honda dalam MotoGP 2023, Joan Mir yang menggunakan jentera dengan Valentino Rossi sebelum ini.

Ia disebabkan penampilan jentera Joan Mir yang menggunakan tema peribadi kuning cerah dianggap mirip Valentino Rossi ketika mempertahankan pasukan Repsol Honda dalam MotoGP dua dekad lalu.



Persamaannya kerana nombor John Mir menggunakan nombor 36, yang tentunya hampir sama dengan nombor 46. Lebih-lebih lagi, bentuk huruf dan fonnya juga serupa iaitu senget.

Kemudian lihat jenama topi keledar yang digunakan oleh Joan Mir. Selain warna kuning dan corak serupa Rossi, jenama topi keledar juga sama seperti yang dipakai oleh Rossi iaitu Helmet AGV.

Sementara itu, untuk sarung tangan kuning, alas lutut dan but menggunakan jenama Dainese seperti yang dipakai Rossi dua dekad lalu.

Yang lawaknya, akaun Instagram MotoGP memuat naik meme mengenai persamaan ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MotoGP™ (@motogp)

Pada pendapat anda, adakah ia sama atau tidak?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here