Honda Accord laku keras! Varian 1.5 TC-P paling popular, pegang 40 peratus pasaran

2390

Honda Malaysia mengumumkan bahawa sebanyak 920 unit Accord telah ditempah sejak pelancarannya pada Februari tahun ini, menjadikan model generasi ke-10 itu sedan paling laris dalam segmen-D.

Varian tertinggi iaitu 1.5L TC-P merupakan varian paling popular dengan 78 peratus dari keseluruhan jumlah tempahan. Setakat ini, 500 unit telah diserahkan kepada pelanggan di seluruh negara.



Dari segi pegangan pasaran keseluruhan, 40 peratus (sehingga Jun 2020) dari pasaran segmen-D adalah model Accord.

Dari segi warna pula, warna baharu Platinum White Pearl menjadi warna pilihan popular di kalangan pemilik Accord, iaitu 33 peratus dari keseluruhan tempahan.

Zon tengah mempunyai 42 peratus tempahan, zon selatan dan zon utara masing-masing 23 peratus dan 19 peratus.

Menurut Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Toichi Ishiyama, Accord generasi ke-10 mempunyai daya tarikan dari rekabentuk elegan dan berkelas.

Ciri utama pada rekabentuk Accord adalah gaya lebih lebar, bumbung lebih rendah, hud lebih panjang, dan gaya fastback. Accord juga dilengkapi gril depan identiti Honda terkini, lampu LED, dan rim aloi 18-inci.

Enjin 1.5-liter VTEC Turbo padanya adalah lebih berkuasa dari enjin 2.4-liter, dengan 201hp dan 260Nm tork. Accord generasi baharu ini juga menerima penarafan EEV (Energy Efficient Vehicle). 

Honda Accord ini juga dilengkapi dengan Remote Engine Start, Advanced Display Audio, Honda Sensing, dan Honda LaneWatch.

Bergantung kepada varian, Honda Accord generasi ke-10 dijual pada harga bermula RM178,203. Untuk maklumat lanjut, layari www.honda.com.my atau hubungi 1-800-88-2020.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here