Valentino Rossi: Saya 99 peratus akan bersama Petronas Yamaha musim depan

1379

Juara dunia MotoGP tujuh kali, Valentino Rossi mengeluarkan kenyataan bahawa dia ’99 peratus’ akan menyertai pasukan Yamaha Petronas pada musim hadapan, walaupun belum ada kontrak yang ditandatangani.

rossi petronas yamaha

Pelumba dari Itali yang berusia 42 tahun tersebut membuat kenyataan menjelang Grand Prix San Marino, bahawa khabar angin yang mengatakan dia akan bersara adalah tidak benar.



“Kami ada membuat perbincangan dengan pasukan Yamaha kerana kami mempunyai masa. Apa yang saya boleh cakap, saya 99 peratus akan menyertai Yamaha Petronas musim hadapan,” kata Rossi.

Rossi kini berada di tahun ketujuhnya bersama pasukan Yamaha Factory Racing, tetapi tempatnya akan diganti oleh pelumba dari Perancis, Fabio Quartararo pada musim hadapan.

Menurut Rossi, dia tidak sabar untuk bersaing dalam perlumbaan akan datang yang diadakan di litar Misano. Litar ini terletak hanya 10 kilometer dari kediamannya dan merupakan ‘perlumbaan tempat sendiri’ bagi Rossi.

Tambahan pula, kehadiran semula penonton yang akan menghangatkan lagi suasana perlumbaan akan memberi semangat kepadanya.

Kira-kira 10,000 penonton akan dibenarkan masuk ke dalam litar.

“Ini adalah satu keputusan yang tepat,” kata Rossi, yang sangat popular dikalangan peminat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here