Positif Covid-19, Jorge Martin terlepas GP San Marino

1246

Pelumba KTM yang beraksi dalam kategori Moto2, Jorge Martin, disahkan positif Covid-19. Dia tidak akan dapat beraksi di GP San Marino yang berlangsung pada 13 September ini.

Jorge Martin disahkan positif Covid-19 setelah menjalani ujian swab beberapa hari yang lalu. Ujian ini adalah protokol rutin yang ditetapkan oleh pihak penganjur MotoGP kepada penunggang dan kru sebelum bersaing dalam perlumbaan.



Kerana keputusan ujian positif, Martin perlu menjalani kuarantin di rumahnya. Oleh sebab dua perlumbaan berturut-turut diadakan dalam selang waktu dua minggu, pelumba berusia 22 tahun yang beraksi untuk pasukan Red Bull KTM Ajo ini juga kemungkinan tidak akan dapat bersaing untuk perlumbaan seterusnya.

jorge martin

Tidak dapat bersaing dalam dua perlumbaan merupakan kerugian besar Jorge Martin. Ini kerana, dia kini hanya lapan mata di belakang pendahulu keseluruhan perlumbaan Moto2, Enea Bastianini.

Daripada enam perlumbaan yang sudah berlangsung, Martin menduduki kedudukan podium sebanyak tiga kali termasuk muncul juara pada GP Austria.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here